Sunday, March 27, 2011

Servis Beyond Water Anda

Unit Beyond Water perlu di servis dan di baiki sekiranya terdapat kerosakan pada unit tersebut.. Penyelenggaraan ini perlu bagi memastikan pengguna mendapat kebaikan yang optimum....
















Wednesday, March 2, 2011

Bagaimana Hati bekerja????




Sedikit maklumat oleh Prof Dr Azhar Md Easa di laman Facebook beliau:

Beyond Food junction; Melindungi fungsi hati
by Healthfood Zhulian on Friday, February 25, 2011 at 11:04pm Fungsi utama hati ialah untuk menyahtoksin. Hati mengenali berjuta-juta sebatian toksik lalu mentransformasikan sebatian ini kepada bahan lengai sedia untuk dibuang.
Setiap proses kehidupan, setiap nafas dan tindakbalas badan menjana toksin tertentu yang perlu dibersihkan oleh hati. Selain toksin badan, hati juga perlu mencuci toksin yang diambil dari rantaian makanan. Toksin ini termasuklah dioksin, racun rumpai, antibiotic, hormon, lemak tepu dan bahan merbahaya lain seperti alkohol, asap rokok, wap cat, kaffeine berlebihan dan sebagainya.
Kini, kita terlalu banyak mengambil makanan berasaskan haiwan yang diternak dengan olahan antibiotik dan hormon tumbesaran, dan sayur-sayuran yang disembur racun makhluk perosak. Malahan anak-anak kita pun terdedah kepada bahaya ini memandangkan perubahan diet (lebih daging, kurang sayur, lebih banyak minum susu tidak organik) yang mereka amalkan. Akibatnya, hati manusia moden adalah lebih terdedah kepada pengumpulan toksin rantaian makanan, dan ini mendorong hati bekerja lebih keras. Hati yang bekerja teruk mengalami stres,dan menjana banyak radikal bebas. Ini meningkatkan risiko kerosakan hati.
Produk berfungsi seperti B’Young, Royalmix, ISO7 dan ISO5 boleh membantu mengurangkan beban yang dipikul oleh hati kerana produk-produk ini membantu proses nyahtoksin dari badan. Tetapi adalah lebih bijak jika kita juga melakukan detoksifikasi menggunakan Beyond Food Junction (BFJ) sebelum sesuatu makanan bertoksin dimasak. BFJ bukan hanya menyahtoksin secara proaktif, ia juga membunuh kuman pada makanan lalu menurunkan risiko keracunan makanan.
Proses detox makanan mentah ni dipanggil PENGOZONAN..Proses seperti dibawah:



Caranya, rendamkan daging/ayam/ikan dsb ke dalam satu mangkuk berisi air..kemudian ozonkan air tu..
tak lama kemudian kelihatan buih-buih yg sebenarnya hormon/antibiotik dan pengawet tadi keluar dari ayam/daging: