MICROPLASMA AIR PRIFIER



Mungkin anda tidak mampu menentukan kualiti udara luaran...tetapi kini dengan Beyond Microplasma Air Purifier anda berpeluang memberikan diri anda dan yang tersayang kenikmatan udara dalaman yang lebih tulen, lebih segar dan lebih menyihatkan!

kepentingan mengekalkan kualiti udara dalaman yang sihat

Banyak aktiviti biasa seperti memasak, memanas, mendingin, membersih dan menghias-semula boleh menyebabkan pembebasan dan penyebaran pencemar dalaman merbahaya di kediaman. Kajian menunjukkan bahawa udara di kediaman lebih tercemar berbanding udara luaran. Secara puratanya kita menghabiskan sehingga 90% dari masa kita di dalam bangunan. Oleh itu, menghirup udara dalaman yang bersih membawa kesan penting terhadap kesihatan. Orang yang meluangkan lebih banyak masa di dalam adalah lebih berisiko mendapat masalah kesihatan, atau diterukkan lagi oleh pencemar udara dalaman. Beyond Microplasma Air Purifier yang menggunakan Teknologi Ion Mikroplasma dan penapis-penapis pelbagai-tahap handalan, berkeupayaan menyerang dan meneutralkan rangkaian terluas pencemar udara!

beyond microplasma air purifier bertindak dengan penjana ion mikroplasma dan penapis-penapis pelbagai-tahap handalan untuk kesan penulenan udara pelbagai

Pusat produk penulenan udara canggih ini ialah Teknologi Ion Mikroplasma Beyond yang menggunakan penjana Ion Mikroplasma canggih, komplek dan terkawal secara mikro-komputer yang berterusan menjana aliran tetap Ion Hidrogen dan Oksigen dari molekul Oksigen dan air di dalam udara. Kombinasi ion khas ini mempunyai kualiti pembersihan dan pensterilan udara berkuasa.

bagaimana ion mikroplasma beyond bertindak?


# Gugusan Ion Mikroplasma menyerang dan mengepung virus, bakteria, bau dan zarahan bawaan udara.
# Gugusan Ion Mikroplasma membentuk radikal Hidroksil yang mengekstrak Hidrogen daripada zarahan udara yang merbahaya.
# Zarahan udara yang merbahaya (virus, bakteria, bau, dll) dineutralkan serta bertukar menjadi tidak aktif dan tidak merbahaya.




sistem penapisan udara pelbagai-tahap terdiri daripada 4 penapis termaju:



Tahap Pertama Penapisan Udara: Pra-penapis Boleh Cuci

# Lapisan pertama yang mengawal zarahan bersaiz besar.
# Memerangkap habuk dan zarahan kotor yang lebih besar.
# Tahan lama, berkesan dan boleh dicuci.

Tahap Kedua Pensterilan Udara: Penapis Nano Perak dengan Tindakan Pensterilan-Sendiri dan Titanium Dioksida

# Kemampuan terbukti untuk mensteril udara dengan menyahaktifkan dan menyingkirkan virus bawaan udara / bakteria bawaan udara / spora kulapuk.
# Dengan Titanium Dioksida: Digunakan secara meluas untuk membunuh bakteria dan menguraikan bahan organik.
# Tindakan pensterilan sendiri bagi mencegah pembiakan dalaman di antara bakteria / kulat / virus.

Tahap Ketiga Peneutralan Udara: Penapis Karbon Bergranul Teraktif

# Penyingkiran dan pengawalan bau: Mengandungi liang-mikro untuk menyingkirkan bau kuat.
# Berkesan terhadap zarahan bersaiz mikro dalam udara dan serangkaian besar bahan kimia bawaan udara.

Tahap Keempat Penstrerilan / Penapisan Udara: Penapis True-HEPA (High Efficiency Particulate Arrestance - Penyekat Zarahan Berkecekapan Tinggi)

# Berkecekapan menyekat zarah udara dengan berkesan pada kadar sehingga 99.97%.
# Penapisan mikro sekecil 0.3 mikron termasuklah: asap, habuk, debunga serta semua pencemar dan alergen bawaan udara yang melalui penapis.

ciri-ciri unik beyond microplasma air purifier

# pengesan-bau pintar

direkacipta untuk mengesan sekumin kepekatan bau dan pencemar. Ia mengawal secara automatik penjanaan Ion Mikroplasma bagi menyingkirkan secara berkesan pencemar udara yang merbahaya.

# jangka hayat penapis udara lebih panjang

memberikan operasi berpanjangan tanpa henti dengan penyelenggaraan rendah untuk pengoperasian yang tiada masalah.

# pengoperasian senyap

sistem pengoperasian senyap yang memberikan anda tidur atau rehat yang aman dan tidak terganggu.

# penggunaan elektrik rendah

penulen udara yang paling ekonomi lagi menjimatkan tenaga.

# fungsi kawalan jauh

Beyond Microplasma Air Purifier mempunyai Alat Kawalan Jauh yang senang dikendalikan untuk pengoperasian dan kawalan mudah.

# penunjuk servis / penggantian penapis pintar

menyala bagi menunjukkan perlunya servis atau penggantian penapis, memberikan penyelenggaraan optimum dan kecekapan pengoperasian tertinggi.

# ciri pengoperasian pintar dan menyeluruh

nikmati penulenan udara luar biasa tanpa kesukaran dengan ciri-ciri automatik pintar yang menjadikannya penulen udara sempurna untuk setiap kediaman atau pejabat.

# ciri serba boleh, rekaan estatik

berkesan, praktikal, tahan lasak, mampu-dimiliki, versatil.



jaminan produk beyond microplasma air purifier

Beyond Microplasma Air Purifier dilindungi Jaminan Produk selama 1 tahun supaya anda yakin menggunakan dan menikmati sepenuhnya ciri-ciri dan kebaikannya yang canggih

No comments: