HINOKOSHIWA -PC 3111


Pelapik Penjagaan Kaki Hinokoshiwa memberikan salah satu kaedah tradisional yang berkesan untuk memperbaiki kesihatan menyeluruh melalui penyahtoksik sistem limfa melalui tapak kaki. Penyahtoksik sedemikian telah diamalkan sejak sekian lama di Jepun dan Asia manakala penyelidik Jepun telah menyatukan beberapa bahan di dalam pelapik penjagaan kaki ini yang mempunyai keupayaan unik menstimulasi titik refleks dan hujung saraf pada tapak kaki bagi menawarkan peningkatan kesejahteraan tubuh.
Warna Pelapik Penjagaan Kaki Hinokoshiwa akan berubah menjadi kelabu atau hitam dan akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan beberapa jam selepas pemakaiannya, bergantung kepada tahap kandungan toksin yang terkumpul di dalam badan. Ia menunjukkan kandungan toksin di dalam badan telah dikeluarkan menerusi penyerapan keluar pada tapak kaki, iaitu cecair limfa yang tidak diperlukan dan tidak menyihatkan. Selepas penggunaan berterusan, warna yang terhasil akan menjadi semakin cerah, menunjukkan toksin badan semakin berkurangan, imbangan tubuh sebelumnya telah diperolehi semula dan keseimbangan semula jadi yang sihat telah dicapai.