Lapik Tilam Terapiutik Bio-ion Contiago
Lapik Tilam Terapiutik Bio-ion Contiago menggunakan kombinasi unik 11 lapisan bahan berkualiti tinggi khas untuk sokongan teguh tetapi lembut pada kepala, servik, tulang belakang dan tubuh serta rekaan berfungsinya melaras kepada kontur tubuh individu, sentiasa melaras-sendiri bagi melegakan titik tekanan dengan poket pengudaraan terbina-dalam dan permukaan busa runcing yang menggalakkan aliran udara bagi permukaan tidur yang lebih selesa. Lapik tilam ini direka cemerlang cengan busa berkualiti tinggi dan bahan-bahan lain seperti Bulu Bebiri Sintetik yang dilitupi fabrik Polipropilena Damask Jacquard menarik dan selesa yang berkualiti dengan perlindungan anti-hama, yang memberikan rasa kemewahan dan kelembutan. Selain membekalkan fungsi-fungsi Sinar Inframerah, Bio-Magnetik, Batu Mineral Jed dan Ion Negatif, ia juga mengandungi Elemen Pemanas Karbon Bertebat berkualiti tinggi untuk haba Terma yang semula jadi selamat dan penting bagi kebaikan yang tiada bandingan dalam mengoptimumkan kesejahteraan semasa anda lena di dalam kerehatan dan keselesaan tidur yang mendalam
.
lapik tilam terapiutik bio-ion contiago (king) - PC 3115
lapik tilam terapiutik bio-ion contiago (queen) - PC 3116
lapik tilam terapiutik bio-ion contiago (single) - PC 3117
Bantal saintifik contiago
Bangun tidur dengan keadaan tubuh dan minda yang segar dan cergas sepenuhnya! Bantal Saintifik Contiago memberikan kedudukan anatomi yang elok untuk melindungi kepala, tengkuk dan bahu; meningkatkan postur tidur anda; menghilangkan kesakitan di tengkuk dan mengurangkan dengkuran. Sokongan kontur ergonomi khasnya membantu menggalakkan aliran darah yang baik dan penjajaran tulang belakang yang elok bagi mengurangkan keresahan semasa tidur, yang akan menjejaskan kualiti tidur anda. Keseluruhan bantal ini dilitupi fabrik yang memberikan perlindungan anti-hama dan anti-mikrob yang memastikan perlindungan menyeluruh yang bersih buat penggunanya. Pembinaan bantal dengan teras berlapis ini serta tepinya berkontur unik memberikan ketahanan bentuk yang tetap walaupun digunakan dalam jangka masa yang lama. Dengan kombinasi fungsi-fungsi istimewa (Fungsi Batu Mineral Jed hanya tersedia pada Bantal Gred Super Deluxe), Bantal Saintifik Contiago memberikan anda bantal revolusioner yang membawa keselesaan hebat dan tidur mendamaikan yang anda inginkan!
bantal saintifik contiago gred deluxe - PC 3112
bantal saintifik contiago gred premium - PC 3113
bantal saintifik contiago gred super deluxe - PC 3118
bantal peluk saintifik contiago
Tiada yang lebih selesa dan melegakan berbanding tidur dengan bantal peluk kegemaran anda! Bantal Peluk Saintifik Contiago bukan sahaja menawarkan teman yang selesa dan lembut malah berkebaikan dengan menggalakkan dan meningkatkan tidur yang lebih baik. Pembinaan istimewanya termasuk pelbagai tahap busa berkualiti tinggi dengan Magnet Kekal Neodimium Berprestasi Ultra Tinggi dan Magnet Kekal Ferit Berprestasi Tinggi untuk kebaikan fungsi Bio-Magnetik, lapisan fabrik ikatan pintal tidak bertenun yang dirawat khas bagi menghasilkan Ion Negatif dan lapisan fabrik Polipropilena Damask Jacquard dengan fungsi perlindungan anti-hama. Dapatkan lena yang merehatkan, selesa dan nyenyak dengan menggunakan bantal peluk saintifik yang menakjubkan ini supaya anda dan insan yang disayangi memperolehi pengalaman tidur yang sungguh hebat!
bantal peluk saintifik contiago - PC 3114
MICROPLASMA AIR PURIFIER
Mungkin anda tidak mampu menentukan kualiti udara luaran...tetapi kini dengan Beyond Microplasma Air Purifier anda berpeluang memberikan diri anda dan yang tersayang kenikmatan udara dalaman yang lebih tulen, lebih segar dan lebih menyihatkan!
kepentingan mengekalkan kualiti udara dalaman yang sihat
Banyak aktiviti biasa seperti memasak, memanas, mendingin, membersih dan menghias-semula boleh menyebabkan pembebasan dan penyebaran pencemar dalaman merbahaya di kediaman. Kajian menunjukkan bahawa udara di kediaman lebih tercemar berbanding udara luaran. Secara puratanya kita menghabiskan sehingga 90% dari masa kita di dalam bangunan. Oleh itu, menghirup udara dalaman yang bersih membawa kesan penting terhadap kesihatan. Orang yang meluangkan lebih banyak masa di dalam adalah lebih berisiko mendapat masalah kesihatan, atau diterukkan lagi oleh pencemar udara dalaman. Beyond Microplasma Air Purifier yang menggunakan Teknologi Ion Mikroplasma dan penapis-penapis pelbagai-tahap handalan, berkeupayaan menyerang dan meneutralkan rangkaian terluas pencemar udara!
beyond microplasma air purifier bertindak dengan penjana ion mikroplasma dan penapis-penapis pelbagai-tahap handalan untuk kesan penulenan udara pelbagai
Pusat produk penulenan udara canggih ini ialah Teknologi Ion Mikroplasma Beyond yang menggunakan penjana Ion Mikroplasma canggih, komplek dan terkawal secara mikro-komputer yang berterusan menjana aliran tetap Ion Hidrogen dan Oksigen dari molekul Oksigen dan air di dalam udara. Kombinasi ion khas ini mempunyai kualiti pembersihan dan pensterilan udara berkuasa.
bagaimana ion mikroplasma beyond bertindak?
# Gugusan Ion Mikroplasma menyerang dan mengepung virus, bakteria, bau dan zarahan bawaan udara.
# Gugusan Ion Mikroplasma membentuk radikal Hidroksil yang mengekstrak Hidrogen daripada zarahan udara yang merbahaya.
# Zarahan udara yang merbahaya (virus, bakteria, bau, dll) dineutralkan serta bertukar menjadi tidak aktif dan tidak merbahaya.
sistem penapisan udara pelbagai-tahap terdiri daripada 4 penapis termaju:
Tahap Pertama Penapisan Udara: Pra-penapis Boleh Cuci
# Lapisan pertama yang mengawal zarahan bersaiz besar.
# Memerangkap habuk dan zarahan kotor yang lebih besar.
# Tahan lama, berkesan dan boleh dicuci.
Tahap Kedua Pensterilan Udara: Penapis Nano Perak dengan Tindakan Pensterilan-Sendiri dan Titanium Dioksida
# Kemampuan terbukti untuk mensteril udara dengan menyahaktifkan dan menyingkirkan virus bawaan udara / bakteria bawaan udara / spora kulapuk.
# Dengan Titanium Dioksida: Digunakan secara meluas untuk membunuh bakteria dan menguraikan bahan organik.
# Tindakan pensterilan sendiri bagi mencegah pembiakan dalaman di antara bakteria / kulat / virus.
Tahap Ketiga Peneutralan Udara: Penapis Karbon Bergranul Teraktif
# Penyingkiran dan pengawalan bau: Mengandungi liang-mikro untuk menyingkirkan bau kuat.
# Berkesan terhadap zarahan bersaiz mikro dalam udara dan serangkaian besar bahan kimia bawaan udara.
Tahap Keempat Penstrerilan / Penapisan Udara: Penapis True-HEPA (High Efficiency Particulate Arrestance - Penyekat Zarahan Berkecekapan Tinggi)
# Berkecekapan menyekat zarah udara dengan berkesan pada kadar sehingga 99.97%.
# Penapisan mikro sekecil 0.3 mikron termasuklah: asap, habuk, debunga serta semua pencemar dan alergen bawaan udara yang melalui penapis.
ciri-ciri unik beyond microplasma air purifier
# pengesan-bau pintar
direkacipta untuk mengesan sekumin kepekatan bau dan pencemar. Ia mengawal secara automatik penjanaan Ion Mikroplasma bagi menyingkirkan secara berkesan pencemar udara yang merbahaya.
# jangka hayat penapis udara lebih panjang
memberikan operasi berpanjangan tanpa henti dengan penyelenggaraan rendah untuk pengoperasian yang tiada masalah.
# pengoperasian senyap
sistem pengoperasian senyap yang memberikan anda tidur atau rehat yang aman dan tidak terganggu.
# penggunaan elektrik rendah
penulen udara yang paling ekonomi lagi menjimatkan tenaga.
# fungsi kawalan jauh
Beyond Microplasma Air Purifier mempunyai Alat Kawalan Jauh yang senang dikendalikan untuk pengoperasian dan kawalan mudah.
# penunjuk servis / penggantian penapis pintar
menyala bagi menunjukkan perlunya servis atau penggantian penapis, memberikan penyelenggaraan optimum dan kecekapan pengoperasian tertinggi.
# ciri pengoperasian pintar dan menyeluruh
nikmati penulenan udara luar biasa tanpa kesukaran dengan ciri-ciri automatik pintar yang menjadikannya penulen udara sempurna untuk setiap kediaman atau pejabat.
# ciri serba boleh, rekaan estatik
berkesan, praktikal, tahan lasak, mampu-dimiliki, versatil.
jaminan produk beyond microplasma air purifier
Beyond Microplasma Air Purifier dilindungi Jaminan Produk selama 1 tahun supaya anda yakin menggunakan dan menikmati sepenuhnya ciri-ciri dan kebaikannya yang canggih