Saturday, December 4, 2010

SERVIS & REPAIR BEYOND WATER

Unit Beyond Water perlu di servis dan di baiki sekiranya terdapat kerosakan pada unit tersebut.. Penyelenggaraan ini perlu bagi memastikan pengguna mendapat kebaikan yang optimum....
















Friday, May 21, 2010

Tube Bocor. Sg Jeluk Kajang

Masaalah Pelanggan : Air yang dirawat Beyond Water tidak keluar melalui Diverter.Air keluar melalui Tube Biru


Punca dan  Penyelesaian   :  Apabila penggunaan Beyond water telah melebihi 3 tahun akan terdapat tompokkan   bewarna hitam atau coklet akan kelihatan di tube biru. itu menunjukkan tindak balas kimia (Klorin & lain-lain logam berat) terhadap tube yang tidak bertoksik. Kemudia tompokan itu akan menjadi lubang halus dan air akan mula memancut keluar apabila air dipasang. Lama kelamaan lubang itu akan membesar dan tube akan menjadi rapuh dan pecah (Macam saluran darah kita jika mengambil klorin dan logam berat terlalu banyak urat darah akan mengeras dan pecah yang boleh menyebabkan stroke atau mmembawa maut).

Penyelesaian : Diverter di kepala paip (jika dah rosak) dan tube perlu ditukar dengan yang baru. Kerja penyelenggaraan dan servis (Backwash) perlu dilakukan untuk mengeluarkan segala macam lumpur dan karatan yang tersangkut di kebuk 1. Setiap kebuk perlu diperiksa untuk mengesan sekiranya ada kebocoran dan  Tubing di bahagian yang lain juga perlu diperiksa. Sekiranya terdapat kesan-kesan kebocoran bahagian tersebut perlu diganti dengan alat ganti tulen. Insyaalah sekiranya telah diganti tube dan diverter tersebut, air akan keluar dan beyond water akan berfungsi seperti biasa.

terima kasih kerana mempercayai
Mohd Impian 0169576878

Wednesday, May 19, 2010

Alahai - Kuaters MPS Selayang, Bandar Baru Selayang

Pagi subuh lagi mesej dah masuk..,. "Akak nak order Ultra 1 dan Extra Glow. Boleh antar kat umah hari ni???" itulah mesej yang aku terima.

Aku balas "Ok set!. saya hantar hari ni.jam 12.30 tgh".

Jam 12.24 thg hari aku sampai di BB Selayang dengan Ultra 1 dan Extra Glow di tangan... Duit nak masuk sapa tak suka kan?? walaupun hanya seratus lebih je namun itu adalah rezeki pertama aku hari ini... rezeki anak-anak...
Selepas bagi salam dan ketuk pintu, terpacul lah tuan rumah lelaki di muka pintu. Ultra 1 dan Extra glow bertukar tangan.. Bil juga bertukar tangan.. "Duit kat akak! Akak pergi Nilai! datang nanti ye ambil duit! tak tau pulak pukul berapa  akak kau balik"

Aduss... dahlah datang dari kajang, payment pulak sangkut... tapi tak pe aku ronda-ronda dulu... cari makanan dulu... kang aku datang balik.. Tau ak jam berapa AKAK balik???? 6.00 petang oooiiiii.
itu pun selepas aku sampai di pelangi semenyih, Semenyih...
Apa pun esok pagi-pagi aku kesana lagi ambil payment... Kalau dipikirkan tak berbaloi kerja aku ari ini,, tapi bila kenangkan rezeki ALLAH yang bagi aku reda je...

Cuma aku nak pesan pada pelanggan... kalau dah tau suruh orang datang umah antar barang.. tunggulah sampai orang datang, dan kalau nak keluar juga tinggalkanlah Fulus kat sapa-sapa yang ada kat umah... Anda Senang Saya pun Mudah.. tak ada sapa-sapa yang terkilan.
Wassalam.... ingat Beyond Water ingat Mohd Impian. (Filter Servis)

Sunday, May 16, 2010

Pelapik Penjagaan Kaki Hinokoshiwa - PC 3111


Pelapik Penjagaan Kaki Hinokoshiwa memberikan salah satu kaedah tradisional yang berkesan untuk memperbaiki kesihatan menyeluruh melalui penyahtoksik sistem limfa melalui tapak kaki. Penyahtoksik sedemikian telah diamalkan sejak sekian lama di Jepun dan Asia manakala penyelidik Jepun telah menyatukan beberapa bahan di dalam pelapik penjagaan kaki ini yang mempunyai keupayaan unik menstimulasi titik refleks dan hujung saraf pada tapak kaki bagi menawarkan peningkatan kesejahteraan tubuh.
Warna Pelapik Penjagaan Kaki Hinokoshiwa akan berubah menjadi kelabu atau hitam dan akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan beberapa jam selepas pemakaiannya, bergantung kepada tahap kandungan toksin yang terkumpul di dalam badan. Ia menunjukkan kandungan toksin di dalam badan telah dikeluarkan menerusi penyerapan keluar pada tapak kaki, iaitu cecair limfa yang tidak diperlukan dan tidak menyihatkan. Selepas penggunaan berterusan, warna yang terhasil akan menjadi semakin cerah, menunjukkan toksin badan semakin berkurangan, imbangan tubuh sebelumnya telah diperolehi semula dan keseimbangan semula jadi yang sihat telah dicapai.

Saturday, May 15, 2010

Air Menitik - Ukay Perdana

Masaalah Pelanggan : Air di rawat pada mulanya Keluar menitik selepas seketika langsung tak keluar.. Apa sebabnya dan cara mengatasi?

Sebab air perlahan : Ultra 1 ( Kebuk Ceramik Tunggal)telah terlalu kotor atau telah tamat tempoh penggunaan, & Terminator II telah tamat tempoh penggunaan.
Sebah Air tidak keluar : Sekiranya Beyond Water telah berusia lebih 2 tahun kemungkinan Tubing (Tube bewarna Biru) yang menghubungkan antara kebuk-kebuk telah pecah.
lihat yang mana satu masaalah tersebut. Jika Ultra 1 kotor tetapi belum mencapai penggunaan 12 bulan bolehlah dicuci seramik tersebut tetapi sekiranya telah lebih 1 tahun disarankan tukar dengan ultra 1 yg baru.

Begitu juga sekiranya Terminator II telah lebih 48 bulan disarankan tukar dengan yang baru kerana kebuk berkenaan telah mencapai tarikh luput kerana medium seperti Karbon berketupatan tinggi, Blok Karbon dan KDF ada tarikh luputnya tersendiri.

Tube biru juga telah rapuh dan pecah, sebab itu air tak dapat keluar di outlet.. penggantian tube biru perlu dilakukan.

Setelah di ganti kedua-dua kebuk tersebut, mengganti tube biru,buat servis serta backwash alhamdulillah Beyond water berfungsi seperti biasa..

TAHNIAH PN S....../. Anda prihatin dengan kesihatan

Thursday, May 13, 2010

Mengganti Ultra 1 & Terminator II

MASAALAH PELANGAN: Air Keluar sudah perlahan Dan Terminator II(Kebuk Ke2) Dah Tukar warna menjadi kehitaman (Asal Warna Kuning)

Jam 2.45pm saya sampai di Rawang, Selangor.

Alhamdulilah Pengguna Beyond Water (ZHULIAN) yang prihatin dan tahu menilai barang yang berharga dan tidak ternilai manafaatnya kepada seluruh keluarga.

Setelah lebih 4 tahun mengguna Beyond Water hari ini tiba masa tukar Ultra 1 & Terminator II. (Air yg dirawat keluar kecil kerana Ultra 1 dah tamat tempoh penggunaan. Liang pada seramik dah tersumbat (liang 0.22 mikron)jadi aliran air tersekatlah.itu yg menyebabkan air keluar perlahan. Treminator II pula sudah sampai masa penggantian,KDF dah mula menunjukan kesan tindakbalas klorin. Warna kehitaman dah mula kelihatan, Jadual Penggunaan sehingga 48 Bulan, Walaupun kena keluar ratus-ratus namun Haji .... amat berpuashati dengan servis dan sangat mempercayai kehebatan Beyond Water...
Alhamdulillah.. Terima kasih Haji....

Ingat Beyond Water... Ingat Mohd Impian (Servis) 016 9576878

http://www.zhulian.com.my/mal/beyondwater.htm