Wednesday, May 19, 2010

Alahai - Kuaters MPS Selayang, Bandar Baru Selayang

Pagi subuh lagi mesej dah masuk..,. "Akak nak order Ultra 1 dan Extra Glow. Boleh antar kat umah hari ni???" itulah mesej yang aku terima.

Aku balas "Ok set!. saya hantar hari ni.jam 12.30 tgh".

Jam 12.24 thg hari aku sampai di BB Selayang dengan Ultra 1 dan Extra Glow di tangan... Duit nak masuk sapa tak suka kan?? walaupun hanya seratus lebih je namun itu adalah rezeki pertama aku hari ini... rezeki anak-anak...
Selepas bagi salam dan ketuk pintu, terpacul lah tuan rumah lelaki di muka pintu. Ultra 1 dan Extra glow bertukar tangan.. Bil juga bertukar tangan.. "Duit kat akak! Akak pergi Nilai! datang nanti ye ambil duit! tak tau pulak pukul berapa  akak kau balik"

Aduss... dahlah datang dari kajang, payment pulak sangkut... tapi tak pe aku ronda-ronda dulu... cari makanan dulu... kang aku datang balik.. Tau ak jam berapa AKAK balik???? 6.00 petang oooiiiii.
itu pun selepas aku sampai di pelangi semenyih, Semenyih...
Apa pun esok pagi-pagi aku kesana lagi ambil payment... Kalau dipikirkan tak berbaloi kerja aku ari ini,, tapi bila kenangkan rezeki ALLAH yang bagi aku reda je...

Cuma aku nak pesan pada pelanggan... kalau dah tau suruh orang datang umah antar barang.. tunggulah sampai orang datang, dan kalau nak keluar juga tinggalkanlah Fulus kat sapa-sapa yang ada kat umah... Anda Senang Saya pun Mudah.. tak ada sapa-sapa yang terkilan.
Wassalam.... ingat Beyond Water ingat Mohd Impian. (Filter Servis)

No comments: